Allah lebih menyayangi Baby Dina...



Alor Gajah: "Tembok tiang batu berkenaan sudah retak lebih 10 tahun lalu, namun keadaannya tidak membahayakan dan abang ipar saya juga merancang untuk membaikinya pada Sabtu ini."

Itu luahan Aznynaqiah Mat Ali, 44, ibu kepada Nur Iman Irdina Muhamad Nor, 4, yang maut dihempap tembok tiang batu di beranda rumah di Kampung Bukit Nangka, Gadek, di sini, malam semalam.

Aznynaqiah berkata, dia tidak menyangka anaknya yang mesra disapa 'Baby Dina' bermain pasir di kawasan longkang berdekatan tembok itu sedangkan sebelum ini dia gemar bermain di luar.

"Selalunya dia (arwah) juga suka main basikal atau bermain di taman permainan, tapi saya reda dengan ketentuan Allah," katanya ketika ditemui selepas selesai urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Binjai, Gadek, di sini, petang tadi.


Menurutnya, ketika kejadian, dia dan anak bongsunya itu baharu pulang dari kedai membeli ais untuk persediaan berbuka puasa.

Katanya, apabila tiba di rumah anaknya pergi bermain di beranda sementara dia terus ke dapur.

"Jarak dapur dengan beranda cuma 10 meter saja sebelum saya dikejutkan dengan bunyi runtuhan yang kuat tidak lama selepas itu.

"Saya bergegas melihat keadaan anak dan terkejut melihat kepalanya dan belakang badannya berlumuran darah bersama tiang batu berkenaan yang menghempapnya.

"Waktu itu, anak sudah longlai dan ketika dalam perjalanan ke hospital pun, mak saya yang memangkunya di belakang rasa badan anak sudah sejuk.

"Sebaik tiba di hospital, doktor cuba menyelamatkannya selama 20 minit, namun gagal dan disahkan sudah meninggal dunia," katanya sebak.

Katanya, Sabtu ini juga dia bercadang untuk menyambut hari jadinya yang jatuh pada 28 April ini lebih awal bersama Nur Iman Irdina dan anak-anak lain.

"Kami sekeluarga juga rancang nak beli baju raya untuk Baby Dina, Sabtu ini, tapi Allah lebih menyayanginya," katanya.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!