Berang Suami TerIanjvr Dgn Bekas Kekasih, Isteri BaIas Dendam Cvrang Sehingga HamiI 2 BuIan


SEBENARNYA bukan mudah untuk memberi peluang kedua, terutama bagi mereka yang berdepan dengan masalah pasangan curang.

Namun, apa yang tidak sedap didengar apabila pihak yang curang itu mengungkit kisah silam pasangan mereka sebelum berkahwin.

Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita yang terlanjur dengan rakan sekerja sehingga hamil dan mengakui kesilapannya itu.

Luahan seorang isteri di Facebook Kisah Rumah Tangga.

“Saya boleh terima masa silam dia tapi kenapa dia tidak? Sekarang dia buat saya tak wujud, saya masak dia tak makan, saya tidur sebelah… dia tidur kat lantai.

“Saya ajak cerai dia menangis. Saya tak faham dengan dia. Saya masih sayangkan dia dan saya tahu ni silap saya. Tapi saya dah minta maaf. Apa lagi dia nak?” katanya.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib suami isteri yang terjerat dengan kisah kecurangan masing-masing.

Pada masa sama, ada yang membandingkan kisah ‘terlanjur’ kedua-dua pasangan itu.

“Beza sangat tu kak. Ketika dia terlanjur dulu, statusnya bujang. Status akak ketika terlanjur, adalah isteri orang. Beza sangat tu akak oiii.

Nak memaafkan memang susah, semoga urusan akak dipermudahkan selepas ini,” komen seorang netizen.

“Masa silam suami adalah masa lalu, tak sama macam sis buat sekarang… adakah sis terima suami, kalau suami sis juga berlaku curang dengan sis, waktu sekarang?

Berilah suami ruang untuk berfikir. Semoga sis melepaskan sis dari kehidupan dia dan suami tabah menghadapi dugaan apa yang isteri dia lakukan,” tulis seorang wanita.

Sebahagian komen netizen.

“Suami pernah terlanjur tapi suami tak mengandung kak. Tapi kak ni subur, dua bulan pula tu.

Suami menangis mungkin suami tak boleh terima kenyataan orang yang dia sayang sanggup memperlakukan dia sebegini rupa.

Ingat senang ke nak move on… semoga akak balik ke pangkal jalan,” ujar seorang lelaki.

Malah, ada netizen yang mencadangkan bahawa perpisahan adalah jalan terbaik kerana dikhuatiri berlaku krisis dalam rumah tangga pada masa akan datang.

“Senangnya… minta maaf je kan. Lepas tu ingat dah boleh settle? Berpisah jelah cara yang terbaik. Sanggup ke suami tu nak bela anak tu, nanti setiap masa akan diungkit,” ujarnya.



Sumber : kisah rumah tanggaa





LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!