Rakan sekolah bersedih, titip doa buat Nabil Haikal



PETALING JAYA – Rakan sekolah mengucapkan takziah kepada keluarga salah seorang mangsa kemalangan jalan raya yang melibatkan lima orang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) malam tadi.

Ucapan takziah itu dimuat naik di laman Facebook Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang 2 di mana merupakan sekolah Allahyarham Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz yang turut terkorban dalam nahas tersebut.

“Salam takziah diucapkan kepada bekas murid SK Bandar Baru Selayang 2, arwah Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz yang terkorban dalam kemalangan semalam di Terowong Menora.

“Semoga Allah mencucuri rahmat terhadap roh beliau. Amin,” katanya di sini tadi.

Terdahulu, Muhammad Nabil bersama empat orang lagi rakannya rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora.

Mereka yang turut terkorban dikenali sebagai Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.52 malam itu, kesemua mangsa terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta dan treler. 



Sumber – KOSMO! ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!