2 maut, 3 cedera


Johor Bahru: Dua maut selepas kenderaan pacuan empat roda terbabas dan merempuh tiang jejantas di susur masuk ke Taman Damansara Aliff di Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Taman Perling di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.39 pagi.

Beliau berkata, dua jentera dengan kekuatan sembilan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau dan Kempas dikerah ke lokasi.

"Lima lelaki terbabit dalam kemalangan berkenaan termasuk tiga mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

"Manakala dua mangsa lagi maut di tempat kejadian termasuk tersepit di bahagian penumpang dan seorang mangsa dilaporkan tercampak keluar dari kenderaan.

"Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan menyerahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya," katanya menerusi siaran media, hari ini

Beliau berkata, mangsa yang maut Charles Anak Singgai, 24 dan Rizky Ahmad Hua Abdullah, 35, manakala mangsa mengalami kecederaan termasuk Douglas Anak Martin, 29, Kareno Anak Esang, 39 dan Andy Mieky Anak Bunyah, 22.

Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Wan Nor Affendi Wan Yusoff tamat pada 7.55 pagi.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!