4 maut, seorang parah, dua kereta bertembung


Shah Alam: Empat maut, seorang parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari arah Subang menghala ke Kelana Jaya, dekat sini, pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya yang menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 4.11 pagi sebelum segera ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

"Siasatan mendapati, kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu sebuah Proton Wira Aeroback yang berlanggar dengan Proton Wira Sedan.

"Seramai lima mangsa terbabit dalam kemalangan itu, empat mangsa iaitu dua wanita, dua lelaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

"Mangsa kelima iaitu seorang lelaki yang parah diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, siasatan awal mendapati, Proton Wira Aeroback dipandu oleh salah seorang daripada empat mangsa yang maut.

"Mangsa yang berumur 28 tahun didapati tersepit di dalam kenderaan yang dipandunya dan bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa.

"Sementara itu, kereta Proton Wira Sedan dinaiki dua lelaki dan dua wanita, di mana tiga daripadanya meninggal dunia dan seorang parah.

"Kesemua mangsa adalah warga tempatan yang berumur antara 27 hingga 30 tahun," katanya. 



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!