Gigih cari rezeki walaupun hujan lebat



PETALING JAYA – Tular sebuah video di media sosial menunjukkan seorang penghantar makanan gigih mencari rezeki walaupun dalam keadaan hujan lebat.


Melalui perkongsian oleh CaramelOreoChip di Facebook, rakaman klip video berdurasi 18 saat itu telah mendapat perhatian orang ramai di media sosial.


Menjadi seorang penunggang motorsikal dan bekerja di dalam keadaan hujan lebat itu semestinya mencabar tetapi ia tidak menghalang lelaki itu untuk menjalankan tugasnya.


Rata-rata pengguna media sosial turut memberikan komen yang positif dan pujian kepada lelaki itu kerana bersemangat mencari rezeki dalam keadaan itu.


“Hormat betul jenis orang yang macam ini, kadang- kadang rasa malu nak berkira dengan penghantar makanan,” tulis Cik Dahlia.


“Memang ada penghantar makanan jenis macam ini, cuma tak tular sahaja. Tak kira jenis kerja, berpanas atau berhujan. semoga murah rezeki,” ujar Shahrul Abdul.


“Demi rezeki, hujan sanggup ditempuh. Terbaik,” komen Muhammad Hafiz.



Sumber – KOSMO ONLINE!



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!