Kakak N4ngis Tak KeIuar Suara, Rindu Adik Dalam Kvbur – “Nak Adik Jugak…”



Namun siapa sangka, paling terkesan adalah puteri sulungnya yang sebelum ini cukup teruja malah rajin bercakap dengan baby Mohamad Affan sejak dalam rahim lagi.

Terdahulu, kisah seorang ibu bernama Murni Nasuha ini pernah viral mandikan jasad anak keduanya yang dijemput Ilahi susulan menghidap pelbagai komplikasi jantung.

Bukan setakat menyentuh tanah kubur seperti sedang membelai bayi berkenaan, mulutnya juga tidak lekang bertanya mengapa tidak boleh bawa balik adik ke rumah.

Baru-baru ini, keluarga kecil Murni berkesempatan ziarah pusara anak syurga tersebut bersempena genap sebulan pemergiannya. Menerusi perkongsian video di TikTok, si kakak bernama Afra Eryna dikatakan paling tidak sabar pergi ke sana.

Justeru itu, Murni berharap agar satu hari nanti puterinya betul-betul faham mengapa adiknya memang tidak boleh kembali semula dalam pangkuan mereka sekeluarga.

Selesai ziarah kubur, Afra Eryna juga merajuk tidak mahu pulang tanpa adiknya. Paling menyayat hati, si cilik tersebut tiba-tiba mengalirkan air mata namun tanpa suara susulan teramat merindui baby Affan.

Ruang komen nyata dibanjiri reaksi pilu dan sebak netizen susulan mengenangkan perasaan rindu si kakak terhadap adik kesayangannya. Selain mendoakan agar sentiasa tabah, mereka turut berharap agar keluarga tersebut diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata seterusnya.


Sumber : dnq / malaysiatime / mimbar raudhah

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!