Lelaki lemas di empangan


Belaga: Lelaki yang dilaporkan hilang di Ulu Naha Nyabong, di hulu empangan Bakun, Selasa lalu ditemukan lemas, malam tadi.

Mayat Heli Nyalong, 36, ditemukan terapung oleh penduduk kampung pada 9.40 malam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat mangsa timbul berdekatan dengan perahunya yang ditemukan hanyut sebelum ini.

Menurutnya, mayat mangsa yang berasal dari Uma Bakah, Sungai Asap di Belaga ditempatkan di rumah panjang sementara menunggu dibawa ke Hospital Nyabau di Bintulu.

"Mayat dibawa dari rumah panjang ke jeti Bakun pada jam 6.30 pagi ini untuk dihantar ke Hospital Nyabau untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan di lokasi kejadian, mangsa dipercayai terjatuh selepas perahunya terlanggar pokok di dalam empangan hidro elektrik itu.

Kehilangan mangsa dimaklumkan oleh polis Belaga kepada pihak bomba pada jam 3.15 petang, Selasa lalu.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan oleh empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga.

SAR itu turut dibantu lima anggota polis, tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam APM), dua anggota Lembaga Sungai Sarawak (LSS) dan 46 penduduk kampung.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!