Motosikal bertembung dengan sebuah kereta


Seorang Pembantu Pegawai Belia di Setiu, Terengganu maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta yang terbabas di Kampung Teratak Pulai di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Mohd. Azhar Awang,36, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini kira-kira sejam kemudian.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Honda Prelude yang dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun bersama isterinya 31 tahun sedang perjalanan dari Kota Bharu ke rumah mereka di Cherang Ruku, Pasir Puteh.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan.

Kemalangan itu menyebabkan kereta tersebut merempuh motosikal jenis Benelli TRK 502 yang dinaiki mangsa. Rempuhan tersebut turut mengakibatkan kereta dan motosikal itu terbabas ke dalam parit di sebelah kanan jalan.

Mangsa dibawa ke HUSM sebelum meninggal dunia di hospital berkenaan. Pasangan suami isteri itu hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Mengulas lanjut, menurut Mohamad Ismail, ujian saringan air kencing terhadap pemandu kereta mendapati lelaki itu negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Sumber - KOSMO! ONLINE.




LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!