Pelakon lelaki popular direman belasah penghuni kondominium


KUALA LUMPUR – Seorang pelakon lelaki popular ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini kerana disyaki membelasah seorang lelaki di sebuah kondominium di Segambut, di sini pada malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 8.30 malam ketika mangsa dilaporkan meminta tolong rakannya untuk membeli minyak masak di luar kawasan kediaman berkenaan.

“Rakannya bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke kawasan kondominium terbabit oleh pengawal keselamatan sebelum memaklumkan perkara terbabit kepada mangsa.

“Mangsa kemudian turun ke lif lobi kondominium itu sebelum bertanya punca rakannya tidak dibenarkan masuk untuk menghantar minyak masak yang dipesan,” katanya.

Mengulas lanjut, pertengkaran mulut dipercayai berlaku antara mangsa dan pengawal keselamatan terbabit sebelum pelakon lelaki yang juga suspek secara tiba-tiba datang sebelum menumbuk serta menendang mangsa.

“Mangsa mendakwa suspek yang berusia lingkungan 30-an itu menumbuk dan menendangnya di bahagian muka, dada, perut dan belakang badan, selain mencekik dan mengugut akan membunuhnya,” ujarnya.

Menurut Habibi, mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Sentul, menahan suspek di kediaman yang sama malam semalam.

Katanya, suspek kini ditahan direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. 



Sumber – KOSMO! ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!