Bot Malaysia tapi nelayan asing


Sekinchan: Guna khidmat nelayan haram warga Myanmar yang dibayar gaji murah untuk menangkap ikan di laut.

Itu antara tindakan segelintir nelayan tempatan yang sanggup menanggung risiko dengan menggunakan khidmat pendatang tanpa izin.

Terbaharu lapan individu warga Myanmar diberkas selepas dikesan menjalankan aktiviti perikanan secara haram pada jarak kira-kira 11.6 batu nautika barat laut Sekinchan di sini.

Semua mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menerusi rondaan Op Ehsan.

Pengarah Maritim Negeri Selangor Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, seramai lapan individu termasuk tekong berusia 29 hingga 42 tahun ditahan dalam operasi jam 12.10 tengah hari kelmarin.

Di samping itu, beliau berkata, Kapal Maritim (KM) Bagan Datuk sebelum itu tutut mengesan dua bot nelayan tempatan yang sedang menjalankan aktiviti perikanan secara berkelompok dan dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua bot nelayan berkenaan dikendalikan lapan kru warga Myanmar.

"Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen berkaitan mendapati kedua-dua bot berkenaan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.

"Manakala semua dokumen pengenalan diri kru bot nelayan juga meragukan," katanya dalam satu kenyataan.

Siva Kumar berkata, susulan itu hasil tangkapan ikan campur seberat kira-kira 200 kilogram (kg) bersama kru dan bot ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!