Terpaksa berguling, mengengsot untuk bergerak


Kota Bharu: Sejak dua bulan lalu, pergerakan Amiza Amdam dari Kampung Padang Demit, di sini menjadi terhad dan hanya mampu berguling perlahan-lahan atau mengengsot untuk bergerak.

Dengan berat badan yang melebihi 200 kilogram (kg), wanita berusia 37 tahun yang mengalami masalah obesiti dan oksigen rendah dalam badan itu bergantung sepenuhnya kepada bekalan oksigen untuk bernafas.

Amiza berkata, sebelum ini dia memang seorang yang berbadan gempal dengan berat badan sekitar 120 kg tapi masih mampu berjalan serta bekerja.

Namun, katanya, sejak beberapa bulan ini beratnya naik mendadak sekali gus sudah tidak mampu berjalan.

"Saya tetap cuba menguruskan diri sendiri tanpa membebankan kedua ibu bapa yang sudah tua contohnya berguling untuk mandi di bilik air namun proses membuang air agak sukar kerana saiz badan tidak muat untuk masuk ke tandas.

"Saya tidak memakai lampin pakai buang kerana tiada saiz dan terpaksa mengengsot perlahan-lahan ke satu sudut untuk membuang air dengan di alas plastik bagi memudahkan emak membuang najis itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Terdahulu mereka dikunjungi dua aktivis masyarakat, Saripah Ismail dan Nozlyhairani Suhana Mohamed yang memberi jaminan akan cuba membantu Amiza dari segi keperluannya termasuk mencari pengangkutan sesuai untuk Amiza berulang-alik ke hospital.

Amiza berkata, dia cuba untuk bangun namun saiz badan yang terlalu besar menyebabkannya gagal mengimbangi badan, malah untuk makan juga adakalanya terpaksa berbaring dalam keadaan mengiring.

Dia yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu taska dan kilang di Pulau Pinang berkata, dia turut menghidap kencing manis, kolesterol, masalah paru-paru dan alergik menyebabkan banyak berpantang dalam pemakanan.

Katanya, doktor mencadangkan rawatan bariatrik (potong usus), namun perlu mempertimbangkan beberapa perkara.

"Sejak beberapa bulan ini saya sudah memulakan temujanji dengan beberapa pakar," katanya yang memaklumkan tidak dikenakan bayaran setiap kali masuk wad kerana aktif menderma darah.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!