Dua maut, lori rempuh motosikal bawah jejambat


GURUN: Dua maut manakala beberapa penunggang motosikal yang berteduh di bawah jejambat parah selepas dirempuh lori di Kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Selatan. 

Difahamkan, ketika nahas kira-kira jam 3.30 petang itu, semua mangsa sedang berteduh daripada hujan lebat di bawah jejambat berkenaan.

Bagaimanapun, mereka dirempuh lori yang dikatakan mengalami kerosakan sehingga pemandu lelakinya hilang kawalan.

Akibatnya, lori berkenaan terbabas ke tepi lebuh raya dan merempuh beberapa penunggang motosikal sehingga menyebabkan mereka tercampak ke dalam longkang berhampiran.

Dalam video dan foto yang tular di media sosial, kelihatan tiga lelaki sedang merintih menahan kesakitan akibat kecederaan dialami selepas dirempuh lori.

Dua daripada mangsa tercampak ke dalam longkang manakala seorang lagi dilihat dalam keadaan berlumuran darah di bawah jejambat.

Difahamkan, sekurang-kurangnya sembilan motosikal berada di bawah jejambat itu manakala jumlah keseluruhan mangsa yang terbabit dalam nahas berkenaan masoh disiasat.

Setakat ini, pihak polis dilaporkan baru selesai menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan dua mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk tindakan lanjut.




Sumber - Berita Harian 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!