Pengsan diserang sawan sebelum maut dilanggar


Rantau Panjang: Lelaki yang juga pesakit mental maut dipercayai dilanggar lari sebuah kereta di hadapan kedai serbaneka, di sini, jam 2.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, mangsa yang berusia 23 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

"Mengikut laporan, ketika kejadian mangsa yang dipercayai dari premis serbaneka sedang berjalan untuk melintas jalan sebelum tiba-tiba diserang sawan dan pengsan di jalan raya.

"Mangsa yang tidak sedarkan diri kemudian dilanggar sebuah kenderaan dan mengalami kecederaan parah menyebabkan dia meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Jenazah dibawa ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas (HPM) untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mohd Nasaruddin berkata, mangsa adalah pesakit mental selain sering diserang sawan dan dia menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!