Kali kelima rumah tenggelam, warga emas 'sekolahkan' wakil rakyat


Seremban: Wanita warga emas yang tinggal seorang diri hanya mampu mengalirkan air mata melihat rumahnya di Kampung Semarak, di sini, dinaiki air setinggi 0.6 meter, malam tadi.

Zaili Yahya, 68, berkata, dia sudah penat untuk mengemas dan membersihkan rumah hampir setiap bulan akibat kejadian berkenaan.

"Dengan usia sekarang, saya tidak larat untuk mengemas rumah lebih-lebih tinggal seorang diri. Saya hanya mampu menangis melihat keadaan rumah macam ini.

"Setiap kali banjir ada barang terpaksa dibuang menyebabkan saya serik untuk membeli perabot atau barang rumah terutama yang diperbuat daripada kayu," katanya memaklumkan, banjir ini adalah kejadian kelima menenggelamkan rumahnya.

Menurutnya, jika dahulu akan ada pihak tertentu akan datang menghulurkan bantuan dan pertolongan apabila berlaku banjir.

"Banjir di kampung ini sudah menjadi kebiasaan. Sekarang tiada lagi pihak yang datang memberikan bantuan atau sumbangan. Pemimpin juga tidak kelihatan masuk ke kawasan ini.

"Sampai bila saya kena hadapi masalah ini kerana seperti tiada jalan penyelesaian. Saya minta kerajaan supaya melebarkan dan mendalamkan sungai di kawasan ini.

"Pemimpin atau wakil rakyat turunlah padang dan dengar rintihan penduduk. Lakukan sesuatu untuk rakyat kerana kami sudah penat berhadapan dengan keadaan ini," katanya.

Ibu tunggal, Nor Aliza Osman, 58, berkata, dia terpaksa menghubungi anaknya yang tinggal di luar Negeri Sembilan untuk membantu membersihkan rumah.

"Banyak barang perlu dialih dan dibersihkan kerana disaluti rumput kering dan selut. Air naik sehingga 0.6 meter dan menenggelamkan banyak perkakas rumah.

"Baru bulan lepas kami membersihkan karpet, kerusi dan barang lain. Hari ini kena bersihkan lagi," katanya.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!