Gagal bayar denda, lelaki hina Islam dihantar ke Penjara Kajang



Putrajaya: Penghantar makanan yang didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini dihantar ke Penjara Kajang, untuk menjalani hukuman selepas gagal membayar denda.



Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, Orang Kena Saman (OKS) Mohd Nor'Muzil Mohd Razalli, 39, akan menjalani hukuman penjara enam bulan bermula hari ini.



Terdahulu, Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil menjatuhkan hukuman denda RM50,000 selepas OKS mengaku bersalah atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi menghina agama Islam di laman sosial YouTube, minggu lalu.



Mahkamah turut memerintahkan OKS dikenakan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!