Maut langgar tembok plaza tol



Petaling Jaya: Lelaki maut selepas kereta dipandu merempuh tembok di Plaza Tol Penchala, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) di sini, tengah malam tadi.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menerima laporan mengenai kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta jam 1.24 pagi.


"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku jam 12.43 tengah malam apabila kereta dipandu mangsa dipercayai terlanggar tembok plaza tol menyebabkan dia tersepit di tempat duduk.


"Akibat kemalangan itu, mangsa berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, saksi atau orang awam yang berada di tempat kejadian boleh tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!