Bapa, anak 5 tahun rentung rumah terbakar



ALOR GAJAH – Dua beranak, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Cherana Puteh, di sini, awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi itu, mangsa Allahudin Abdul Hamid, 51, dan anaknya, Muhamad Badrol, 5, ditemui rentung oleh sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah.


Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ramli Yusof berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 1.56 pagi dan sembilan anggota bersama-sama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.


“Sebaik tiba, kita dapati sebuah rumah separuh kekal telah terbakar sebanyak 70 peratus.


“Orang awam kemudian memaklumkan terdapat dua mangsa di dalam premis tersebut dan operasi menyelamat telah menjumpai seorang lelaki serta kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan di sini pagi tadi.


Mengulas lanjut beliau berkata, mangsa lelaki telah ditemui di dalam bilik air, manakala anaknya berada di bilik tidur utama kediaman tersebut.


“Kedua-dua mangsa telah meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


“Operasi tamat pada pukul 5.19 pagi tadi,” katanya.




Sumber - KOSMO! ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!