Aman Central mohon maaf individu berpakaian mencolok mata


ALOR SETAR – Penganjur Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) iaitu Aman Central memohon maaf susulan penularan gambar individu berpakaian mencolok mata ketika acara itu berlangsung di pusat beli-belah di sini pada minggu lalu.

Aman Central dalam satu kenyataan di sini hari ini turut memaklumkan bahawa individu terbabit adalah tetamu yang hadir pada acara itu dan bukan model yang memperagakan fesyen pakaian.

“Pihak kami kesal dengan perkongsian foto daripada salah seorang tetamu yang hadir ke KFW22 yang mana gambar itu tidak mencerminkan kod etika pemakaian yang ditetapkan pihak penganjur.

“Kami kesal atas segala kesulitan yang berlaku dan akan memastikan etika pemakaian yang ditetapkan di mana-mana majlis di pusat beli-belah Aman Central di sini akan dipantau dengan lebih ketat selepas ini,” katanya.

Kenyataan yang dikeluarkan Aman Central berhubung isu tersebut.

Semalam, tular di media sosial gambar seorang individu berpakaian mencolok mata pada KFW22 yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah di sini pada minggu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd. Hayati Othman kemudian menegaskan bahawa tindakan akan dikenakan ke atas pihak berkenaan jika mereka didapati melanggar peraturan yang ditetapkan.



Sumber – KOSMO! ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!