Kanak-kanak tiba-tiba lintas jalan cedera dirempuh


BACHOK – Seorang kanak-kanak lelaki patah tulang selangka kanan selepas dirempuh sebuah teksi kenderaan pelbagai guna (MPV) akibat melintas jalan secara tiba-tiba ekoran terlepas daripada pegangan tangan ahli keluarganya di Jalan Wakaf Aik di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Mohammad Naufal Zafran Abdul Fattah,3, turut mengalami luka pada bahagian badan dan kini dirawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati, sebuah teksi MPV jenis Proton Exora dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Besut menghala ke Pengkalan Chepa, Kota Bharu selepas menghantar penumpang di Jeti Kuala Besut, Terengganu.

Keadaan mangsa (tengah) yang kini dirawat di zon kuning HUSM, Kubang Kerian. FOTO IHSAN POLIS

Menurutnya, dalam masa yang sama, mangsa dipimpin oleh seorang lelaki dan berada di tepi jalan itu telah merentap tangan lelaki tersebut sebelum tiba-tiba melintas jalan.

“Insiden itu menyebabkan pemandu teksi MPV itu mengelak ke kanan jalan, namun tetap merempuh kanak-kanak itu sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Mangsa yang mengalami patah tulang selangka kanan dan luka-luka pada bahagian badan dibawa ke HUSM untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Sumber – KOSMO! ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!