Dakwaan pesakit tunggu lama di wad kecemasan tidak tepat


Taiping: Dakwaan pesakit terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan rawatan di wad kecemasan hospital kerajaan adalah tidak benar.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak sewenang-wenangnya membiarkan pesakit menunggu lama di bahagian kecemasan bagi mendapatkan rawatan sebaliknya perkara yang berlaku disebabkan beberapa faktor.

Menurutnya antara faktor yang menyumbang kepada masalah itu disebabkan peningkatan kes Covid-19 dan ditambah dengan peningkatan kes influenza dan penyakit kaki tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang turut dirujuk ke bahagian kecemasan.

"Memang berlaku kesesakan di hospital kerajaan disebabkan faktor-faktor berkenaan namun keadaannya masih terkawal.

"Antara langkah yang kita ambil pada masa kini bagi mengelakkan perkara itu berlarutan ialah memanjangkan waktu operasi sehingga malam di klinik kesihatan tertentu termasuk hospital.

"Selain itu bagi pesakit yang tidak kecemasan kita nasihatkan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan klinik berhampiran bagi mengelakkan kesesakan di hospital," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Perak di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Azmi berkata susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi kerana dapat meningkat sistem imunisasi tubuh disamping dapat mengurangkan risiko penyakit berjangkit seperti HFMD, virus, bakteria dan sebagainya.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!