Tiga beranak maut kemalangan


Kota Kinabalu: Tiga beranak maut, manakala seorang lagi anggota keluarga itu parah selepas pikap dinaiki dipercayai terbabas sendiri dan merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas, Luyang, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 11.41 malam itu, pemandu Jimmykal Assam, 44, dan dua anak lelaki dan perempuan berusia belasan tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang anggota keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan pikap yang dipercayai terbabas dan melanggar tiang jejambat di Jalan Lintas, Luyang.

"Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lima tahun parah dibawa ambulans ke HQE I untuk rawatan lanjut.

"Siasatan masih diteruskan dan keterangan termasuk butiran dua mangsa akan dikemas kini," katanya dalam kenyataan media.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!