Jumpa mayat dengan kesan kelar di leher


Ipoh: Mayat seorang lelaki ditemukan dengan kesan kelar di leher di belakang sebuah kilang di Pekeliling Dataran Kledang, Menglembu di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, pegawai menerima panggilan MERS 999 memaklumkan berhubung penemuan mayat pada 9.46 pagi sebelum ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan.

"Siasatan mendapati terdapat kesan kelar sepanjang 16 sentimeter (cm) pada leher mangsa yang berusia 58 tahun itu.

"Kesan kelar dipercayai menggunakan pisau pemotong daging yang dijumpai di sebelah mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Mohamad Nordin berkata, tiada kesan jenayah lain di badan mangsa, malah telefon bimbit dan pengenalan diri masih berada bersamanya.

Menurutnya, doktor mengesahkan punca kematian adalah disebabkan lehernya dikelar menggunakan pisau pemotong daging.

"Namun, bedah siasat akan dijalankan bagi mendapatkan punca kematian sebenar," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa mempunyai perniagaan kilang, pemborong dan pembekal ikan ke pasar sejak 10 tahun lalu.

"Mangsa sudah berkahwin kali kedua dan mempunyai empat anak.

"Ketika kali terakhir mangsa berhubung dengan isteri, dia memberitahu supaya mengambil semua wang di dalam bank untuk kegunaan isteri dan anak-anak serta memberi isyarat 'bye' seolah-olah mahu meninggalkan isteri dan anak," katanya

Katanya, hasil siasatan juga mendapati mangsa mengalami kemurungan kerana perniagaan mempunyai masalah kewangan.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!