Jamal Abdillah teringin buat konsert bersama Judika


Kuala Lumpur: Datuk Jamal Abdillah meluahkan hasrat agar suatu hari nanti beliau dapat menjayakan konsert bersama penyanyi diminatinya dari Indonesia, Judika.

Jamal, 63, ditemui berkata, beliau masih cuba membuat perbincangan dengan pihak pengurusan Judika, namun belum berhasil kerana penyanyi lagu Bukan Dia Tapi Aku itu kini sibuk dengan konsert jelajahnya.

"Judika itu cara nyanyiannya sangat mencabar. Kalau awak duduk sebelah dia, awak memang akan rasa tercabarlah Dia seorang penyanyi dengan 'skill' (teknik) yang mengagumkan.

"Saya pun rasa tercabar juga. Cara nyanyian dia (Judika), dengan 'style' (gaya) dia dan suara dia, benda-benda itu buat saya tertarik. Kalau dulu, saya pernah bawa penyanyi Indonesia, Eddy Silitonga dan okeylah.

"Tapi, sekarang memang saya berhajat suatu hari nanti nak bawa Judika ke sini dan membuat konsert bersama dengannya," katanya mengakui tidak putus-putus mendapat tawaran persembahan hingga kini.

Dalam pada itu, mengulas juga mengenai kebanjiran konsert membabitkan penyanyi Indonesia di negara ini, Jamal berkata, beliau melihat peluang sama juga diperoleh penyanyi tempatan yang semakin ramai membuat konsert.

"Dalam soal ini, saya dapati bukan penyanyi dari Indonesia saja, tapi ramai juga penyanyi kita pun yang buat konsert. Apa yang boleh dikata, sekarang banyak penganjur yang berlumba-lumba buat konsert.

"Bagi saya, apabila sudah ada keizinan ini, maka penganjur yang buat konsert sudah tentu inginkan keuntungan dan penyanyi pula nak cari makan. Jadi, dua-duanya perlu dan bukan masalah bagi saya," katanya.

Terdahulu, Jamal ditemui pada sidang media Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah yang dibawakan oleh Zeel Production pada 29 Oktober ini di Kangar, Perlis.

Turut terbabit dalam konsert itu ialah Wany Hasrita, Khai Bahar, Amir Masdi, Aweera dan Amelina.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!