Lelaki dilarikan Vellfire putih angkara hutang


AMPANG JAYA – Hutang dengan pihak majikan dipercayai punca seorang lelaki dilarikan secara paksa sekumpulan lelaki yang menaiki kereta pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire di sebuah restoran, Jalan Pandan Indah 1/23d, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 5.03 petang berhubung kes terbabit.

“Siasatan mendapati mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 38 tahun bekerja ahli perniagaan yang mana sebelum kejadian telah pergi makan seorang diri ke restoran berkenaan.

“Semasa di dalam restoran berkenaan, telah datang sekumpulan suspek dipercayai lelaki tempatan telah menarik dan memaksa mangsa masuk ke dalam Vellfire putih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, mangsa menjerit meminta tolong dan cuba untuk melepaskan diri namun tidak berjaya dan dilarikan menaiki Vellfire dari tempat kejadian.

Jelasnya, pada pukul 10.45 malam, mangsa telah hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya dan dipercayai mangsa telah dilepaskan di Klang selepas kejadian.

“Mangsa mengalami beberapa kecederaan luka di bahagian kaki dan muka akibat pergelutan dan telah mendapat rawatan di Hospital Ampang.

“Dalam kejadian ini juga turut tular di laman sosial WhatsApp tentang kejadian tersebut,” ujarnya.

Usaha mengesan suspek yang telah dikenal pasti sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 365.




Sumber – KOSMO! ONLINE.



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!