Dua wanita maut Perodua Viva rempuh Perodua Axia


ROMPIN – Dua wanita maut selepas kereta jenis Perodua Axia dinaiki mereka yang terbabas ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Viva di kilometer 137.9 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Chanis di sini semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah penumpang hadapan kereta jenis Perodua Axia, Christina Louise Gomez,68, dan penumpang belakang kereta berkenaan, Cathleen Moersch Gomez,60.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd. Azahari Mukhtar berkata, kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa bersama pemandu dan seorang lagi penumpang dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Kuantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian kenderaan jenis Perodua Axia dinaiki mangsa jatuh ke bahu jalan sebelah kiri dan hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Kenderaan jenis Perodua Axia yang terbabas ke laluan bertentangan dalam keadaan melintang itu kemudianya dilanggar di bahagian sisi kiri oleh kereta jenis Perodua Viva yang datang daripada arah Kuantan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya akibat kemalangan penumpang hadapan dan penumpang belakang bahagian kiri kereta jenis Perodua Axia meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu mengalami kecederaan bahagian dada serta patah tulang rusuk dan seorang lagi penumpang belakang mengalami patah tulang pinggul.

Katanya penumpang hadapan kereta jenis Perodua Viva mengalami kecederaan bahagian dada dan seorang lagi penumpang belakang mengalami patah kaki kanan manakala pemandu dan dua lagi penumpang kereta berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu Mohd. Azahari berkata, polis masih giat melakukan siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ujarnya berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan berselekoh dan semasa kejadian cuaca hujan dan jalan licin. 




Sumber – KOSMO! ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!