Pihak tak terbabit tidak perlu ikut campur - Aaron Aziz


Shah Alam: "Beritahu dia, tak perlu masuk campur." Demikian reaksi pelakon, Datuk Aaron Aziz kepada ciapan pelakon, Sharnaaz Ahmad yang memberi komen mengenai sikap profesional sebagai pelakon dan sokongan penuhnya kepada pengarah, Syamsul Yusof.

Aaron ketika ditemui di majlis pelancaran rasmi dan jualan promosi pembukaan Jakel Shah Alam menegaskan supaya individu yang tidak terbabit dengan produksi filem The Original Gangster tidak masuk campur dan berikan sebarang kenyataan.

"Kepada pelakon atau individu yang tak terlibat dalam produksi, kamu jangan masuk campur atau beri apa-apa kenyataan," katanya.

Aaron bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana menghormati permintaan isterinya, Datin Diyana Halik.

"Isteri saya minta supaya saya tak berikan apa-apa kenyataan lagi. Mungkin isteri saya tahu, perangai saya bagaimana," katanya.

Ditanya bagaimana solusi terbaik untuk menyelesaikan kemelut antaranya dengan Syamsul, Aaron meminta pengarah dan pelakon itu meminta maaf daripada ibu bapanya.

"Tak ada sebarang konfrontasi. Saya cakap secara umum, minta maaf kepada mak dan ayah (Datin Patimah Ismail dan Datuk Yusof Haslam) dulu," katanya.

Terdahulu, Sharnaaz memuat naik ciapan balas kepada pertanyaan cadangan netizen, yang menyarankan agar dia dan pelakon Beto Kusyairy menarik diri daripada filem The Original Gangster itu.

"Tidak. Kami profesional. Kami tak tinggalkan kerja separuh jalan. Hal peribadi adalah hal peribadi.

"Sebagai pengarah, kamu dapat sokongan penuh dan rasa hormat dari saya, Syamsul. Tanpa ragu.

"Yang tahu saja tahu. Makin banyak bercakap, takut terselak kain sendiri, kanda. Ingat itu," tulisnya.

Ketika itu juga, Sharnaaz memuat naik tangkap layar ciapannya dan memuat naik kenyataan berbaur sindiran kepada kemelut Aaron - Syamsul, di Instagram Story.

"Hormatilah Ramadan. Tak perlu gaduh-gaduh. Setan pun cuti. Jadi, siapa yang setan sebenarnya?" tulisnya.

Terbaharu, Aaron kini sedang menjalani penggambaran filem berjudul Syerif, arahan pengarah Syafiq Yusof.


Sumber - HMetro



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!