Pekerja kedai makan maut rempuh penghadang jalan



Gombak: Pekerja kedai makan maut selepas motosikal ditunggang terbabas merempuh penghadang jalan di Kilometer 445.1 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Rawang di sini, semalam.


Mangsa, Aliff Rohman Mohd Ariff, 19, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di muka.


Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, polis menerima laporan kejadian pada 2.02 pagi.


"Siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang berseorangan dalam perjalanan dari arah Sungai Buloh menghala ke arah Sungai Buaya.


"Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum bergesel dengan besi penghadang di kiri jalan lalu terjatuh.


"Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Sungai Buloh (HSB)," katanya dalam kenyataan malam ini.


Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Forensik HSB untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat supaya menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!