Lelaki terjatuh motosikal ditemukan lemas



Alor Setar: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dari motosikalnya ke dalam sungai di Kampung Bidin, Telaga Mas, Pokok Sena, di sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima maklumat pada 3 petang daripada orang awam yang memaklumkan penemuan mayat berkenaan.


"Polis menjalankan siasatan awal dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena.


"Siasatan mendapati mangsa lelaki dipercayai etnik Rohingya dan hasil siasatan saksi di tempat kejadian mengatakan mangsa dipercayai terjatuh dari motosikal dan lemas di sungai terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Ahmad Shukri berkata, hasil pemeriksaan lanjut pihak polis terhadap tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.


Beliau berkata, mayat dihantar oleh anggota Balai Polis Langgar ke Bahagian Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.


Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan mengambil mayat pada 3.02 petang.




Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!