Tragedi berkelah, 3 sekeluarga lemas



Permaisuri: Dua beradik antara tiga sekeluarga yang ditemukan lemas selepas berkelah di air terjun Lata Changkah Ulu Seladang di sini, hari ini.


Kejadian yang berlaku kira-kira 2.30 petang mengorbankan Syaridatul Nurfatihah Mohd Dera, 28, dan adiknya, Syariatul Noor Safiqa, 26, serta sepupu mereka, Siti Aishah Mazalan, 19.


Selain itu, kakak sulung kepada dua beradik iaitu Sariatu Syafira, 32, juga hampir lemas ketika cuba menyelamatkan ahli keluarganya yang lain termasuk seorang sepupunya yang berusia 13 tahun.


Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika seorang daripada mangsa tergelincir lalu terjatuh.


Beliau berkata, seorang daripada mangsa menarik dua lagi mangsa yang lain sebelum ahli keluarga yang berada di lokasi kejadian cuba menyelamatkan mereka.


"Kesemua mangsa berjaya diselamatkan ahli keluarga dan penduduk kampung sebelum dibawa ke Hospital Setiu namun disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini


Afandi mengingatkan ramai untuk lebih berhati-hati dan sentiasa peka pada keselamatan ketika melakukan aktiviti di air.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!