Mayat berbungkus selimut ditemui di kolam air panas



GUA MUSANG - Mayat seorang lelaki ditemukan berbungkus dengan selimut dan diikat menggunakan tali di kolam Air Panas Lojing, di sini pada Ahad.


Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu pada jam 8.30 malam.


"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menjumpai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Mayat lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Selasa.


Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah berlaku ke atas mayat tersebut.


Beliau berkata, lelaki berketinggian 1.6 meter dan berusia lingkungan 20-an itu tidak mempunyai suntikan Bacille Calmette-Guerin (BCG).


Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.




Sumber - Sinar Harian 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!